Tuesday, April 5, 2011

Marimar...Please this be my last part of its synopsis huhuhu

We're back to this synopsis...and wish I can finish it this time. So now, lets switch on our Bahasa Melayu translation gadget hehehe... *Click here for Part 1 and Part 2.

Lepas dah banyak sangat peristiwa yang jadi, Marimar a.k.a Bella Aldama ambil keputusan maafkan Sergio dan keluarga dorang pun bersatu la semula. Oppss, citer belum habis ^_^. Tak lama tu, Marimar berjumpa dengan Vanessa May; awek bapa Marimar (Gustavo) semasa terpisah dengan emak Marimar (Lupita). Vanessa ni iye-iye je minta tolong Marimar untuk carikan anak perempuan dia yang tak lain dan tak bukan Angelika (pusing-pusing orang tu juga huhuhu). Dan sebagai watak jahat yang berjaya, Angelika dah buat rancangan nak jatuhkan keluarga Aldama dan merebut Sergio. Angelika bunuh emak dia (Vanessa) dan makcik Marimar (Esperanza) pastu sesedap rasa pegi tuduh Marimar. Angelika 'blackmail' Marimar sebab dia ada pisau yang bercap jari Marimar dan baju Esperanza yang berdarah. Sergio dan yang lelain tak dapat buat apa-apa walaupun dorang tahu semua ni perbuatan Angelika tapi tak ada bukti.
Bila Marimar keluar dari tempat persembunyian dia, Angelika terus culik Marimar. Lepas Angelika cerita yang sebenarnya dia yang bunuh Esperanza dan Vanessa dia pun plan nak bunuh Marimar supaya tak ada yang tahu. Walaubagaimanapun, orang suruhan Angelika (aku rasa dorang dah nak bertaubat kot hahaha) telah selamatkan dan lepaskan Marimar. Dorang pun buat-buat cerita pasal kematian Marimar tapi Angelika tahu juga Marimar tak mati lagi. Dipendekkan cerita, Angelika pegi bersemuka dengan Marimar sampai ada la ada adegan tembak-tembak siap polis pun join sama. Masa kejadian tu Angelika hampir terkena tembakan tapi heroin citer pegi tahan peluru tu. Cedera parah giler tapi tak mati sehhh (hmmm....ada-ada je). Angelika berjaya diberkas polis. Sementara tu, orang suruhan Angelika nama Nicandro pun kena tembak sama lepas bapa Sergio (Renato) pegi tipu dia. Cian ekk, baru je nak taubat dah mati huhuhu...

Sebulan kemudian dan Marimar pun dah sembuh, dia dan Sergio pergi ke mahkamah untuk dengar perbicaraan Angelika. Angelika didapati bersalah atas tuduhan membunuh. Hah! Citer belum abis lagi la.... Semasa Marimar dan Sergio buat majlis kesyukuran sebab Angelika dah masuk jail, Renato pergi ke sel Angelika dan rasuah warden penjara supaya tolong seksa Angelika. Err, macam mana dia seksa tu korang tengok sendiri la dekat tv sebab aku malas nak citer hehehe. Ok, dalam majlis kesyukuran tu pula Marimar dan Sergio mengumumkan perkahwinan semula mereka dan Villa Santibañez dipulangkan kepada Renato.

Tak lama kemudian, ayah angkat Angelika (bila pula ada watak ni???) menolong Angelika melarikan diri dari penjara bersama-sama dengan beberapa banduan. Marimar dan Sergio masih belum mengetahui berita Angelika melarikan diri terus dengan perancangan perkahwinan mereka. Pada hari perkahwinan tersebut, Angelika mensabotaj Arturo dan menyamar sebagai pemandu kereta pengantin. Sergio yang tidak menyedari Angelika menaiki kereta tersebut bersama Cruzita ke gereja. Angelika culik Sergio anak-beranak dan lepas tu mengugut Marimar ke sebuah pantai. Marimar dipaksa memilih salah satu: nyawa Sergio atau nyawa Cruzita. Sergio dan Cruzita diletakkan di dalam bot berasingan dan badan mereka berdua dipasang dengan bom yang akan meletup pada masa yang sama. Marimar pun terus tekad mengayuh bot ketiga yang disediakan oleh Angelika ke arah bot Cruzita. Setelah mendapatkan Cruzita, Marimar menembak orang suruhan Angelika. Dalam pada Marimar memeluk Cruzita, bot Sergio pun meletup. Marimar menarik Cruzita ke dalam air sejurus sebelum bom yang mengikat Cruzita meletup. Mereka berdua berenang ke persisiran pantai tanpa disedari Angelika. Dalam keadaan yang masih terkejut akibat apa yang berlaku pada Sergio, Marimar menyuruh Cruzita untuk menguatkan semangat dan menyembunyikannya.

Errmm, korang suka ke hero mati??? Seperti drama sinetron Indonesia, citer telenovela ni pun sama la jg. Sergio tak mati pun (dah dijangka...). Sebelum bom meletup, Sergio sempat pukul orang suruhan Angelika, alihkan bom dan melompat dari bot. Marimar pula tak tau dapat kuasa dari mana ntah, dia boleh mengelak dari dikesan orang-orang Angelika dan berjaya cari Angelika. Pada masa yang sama, Sergio pun tengah tumbuk-menumbuk dengan orang suruhan Angelika di kawasan yang sama dengan Marimar tapi masing-masing tak tahu. Renato datang dan tembak bapa angkat Angelika yang sedang cuba nak tembak Sergio. Selepas diberitahu Renato, Sergio terus mencari Marimar. Marimar pula pada masa yang sama sedang berlawan dengan Angelika di dalam helikopter Angelika. Sergio sempat berpaut pada kaki helikopter tersebut sebelum ia berlepas naik. Semasa terbang, Marimar menolak keluar Angelika yang kemudiannya jatuh ke dalam sebuah sungai yang penuh buaya. Tamatla riwayat Angelika Si Jahat dibaham buaya (haiyaa, sadiss wooo). Sergio pun memanjat naik ke dalam helikopter dan bertemu Marimar. *Iklan: Pilot helikopter tu memang tak ada perasaan ke bila orang kat tempat penumpang dia sibuk bergaduh???

Dah watak jahat mati, hero dan heroin pun dah bersatu semula... Apa lagi? Happy ending la ngan majlis perkahwinan Sergio & Marimar. THE END >_*

p/s: For my dear cousin, Kak Ija @ Dye...Frankly, I never watch any episod of this telenovela even once hahaha

2 comments:

Amy Amira said...

ha ah tu pasal lah pilot tu mcm bongok je x boleh kontrol kan helikopter tu masa time diaorg bergaduh

Anonymous said...

This tactic allows you to be the one with the power in the situation and will help you to retain your ex's respect and admiration. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry ooutlet online[/url] Why? How often are you browsing the web while listening to the television in the background? Maybe you like to surf while listening to music or you are having a conversation with someone. [url=http://www.goosecoatsale.ca]canada goose outlet[/url] Yerbyozrc
http://www.pandorajewelryvip.co.uk Hnimxictm [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose jacket sale[/url] uhvzbwysl