Friday, March 18, 2011

Telenovela: MariMar (cont...2)

Meh kita sambung sinopsis lengkap telenovela Filipina ni....sapa2 terlepas leh check previous entry yee ^_^


Marimar pun besar dan bercinta dengan sorang mamat macho kat pulau tu; Sergio Santibañez. Sergio ni pula ada krisis ngan bapa dia (Renato) dan emak tirinya merangkap ex-gfnya dan musuh dari kecil Marimar iaitu jeng,jeng,jeng....Angelika. Marimar selalu la kena seksa ngan minah jahat ni kat Villa Santibañez. Sebab tak tahan asyik kena seksa ditambah lagi keluarga angkatnya pun dah meninggal, Marimar ambik keputusan untuk meninggalkan San Martin de la Costa. Sebelum tinggalkan pulau tu, ada sorang minah nama Natalia pula dah curi rantai Marimar.

Marimar ubah nama dia menjadi Bella dan di bandar dia melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Cruzita. Marimar tersalah anggap Sergio dah dump dia jadi dia cuba sembunyikan tentang kelahiran anaknya. Sementara itu, Gustavo dah jumpa Marimar tapi sebab telah berubah menjadi Bella maka bapa dia tak kenal. Natalia pula pegi la ngaku dia anak merangkap waris tunggal Gustavo tapi tak la lama mana pun sebab iye-iye je ingatan Marimar pulih huhuh. Lepas anak beranak ni dapat jumpa tak lama tu Gustravo meninggal sebab sakit jantung (alahaiiii), meninggalkan harta keluarga Aldamas yang berkoyan-koyan untuk Marimar ngan anak dia. Atas bantuan, Marimar anak beranak berhijrah ke US dan mengubah dirinya menjadi seorang wanita kaya bernama Bella Aldama.

Marimar kemudiannya kembali ke Filipina dan berjumpa dengan Rodolfo San Jinez, sorang bizman yang cuba nak kahwin ngan Marimar sebab untuk menyelamatkan syarikat keluarga dia yang dah nak lingkup.Rodolfo ni buat satu majlis nak jemput Marimar datang. Bila Marimar sampai kat majlis tu rupa-rupanya Sergio pun ada. Sergio pun la info kat Rodolfo yang Bella tu isteri dia nama Marimar tapi mamat tu tak percaya pula sampai la Marimar 'rejek' dia pada majlis perkahwinan dorang sebab Marimar masih sayang kat Sergio (weewittt)...

Sementara tu  Angelika yang pulang dari luar negara dengan Renato yang lemah ingatan dah menyebabkan keadaan huru hara di Villa Santibañez. Angelika sengaja meletakkan ubat ke dalam makanan Renato untuk melemahkan lagi ingatan orang tua tu supaya senang la dia nak bolot harta Renato. Satu hari tu Angelika ke Manila untuk join majlis lelongan yang juga dihadiri oleh Marimar aka Bella Aldama. Sebab Marimar dah ada strategi baik punya, Angelika kalah dalam lelongan tu sampai habis duit dan syarikat Renato. Renato pun dihantar ke hospital mental tapi sempat melarikan diri sebelum dibunuh oleh Nicandro; orang suruhan Angelika. Renato telah diselamatkan dan dirawat oleh Dr. Rhia sampai dia berjaya berjumpa semula dengan anaknya Sergio. Marimar pula telah membeli Villa Santibañez menyebabkan pergaduhan antara dia dan Angelika yang akhirnya berkesudahan Angelika tercucuk mata kanannya sendiri (padan muka kooo).

Selepas itu, banyak konflik yang terjadi antara Marimar+Sergio+Rodolfo. Marimar membuat keputusan sekali lagi meninggalkan Filipina tapi sempat diculik oleh Rodolfo. Sergio pun tak tangguh-tangguh pegi selamatkan Marimar. Dalam menyelamatkan tu Marimar kena tembak oleh Rodolfo yang tengah aim nak tembak Sergio (kuang..kuang...kuang...) sampai hujung-hujung tiga-tiga pun kena tembak tapi tak la sampai mati. Rodolfo dibawa ke hospital yang kemudiannya disabit bersalah trus masuk jail ^_^

***ok...sambung lagi part 3 nanti sebab dah nak balik rumah hehehe***

No comments: