Sunday, March 27, 2011

BM Entry: Hukum Mewarna Rambut dalam Islam...Ko Tahu???

*Warning: Entry written in Sabahan version :P LOL

Lama pula nda rujuk buku ni; "Ensiklopedia Fikah Sunnah Wanita" oleh Syeikh Ahmad Jad. Setiap muslimah patut ada ini buku sebagai rujukan seharian. Hampir semua hukum berserta dalil dan hadith khas untuk wanita ada dalam buku ni so capat-capat la kamu beli... Semangat sudah ni saya promote sebab benda baik memang patut dikongsi bah kan?

Bah,sudah-sudah la saya buat iklan... Mesti ramai yang suka atau memang ada niat mau kasi kaler rambut kan? Tapi berapa ramai kunun yang tahu (atau mau ambil tahu) apa sebenarnya hukum mewarnakan rambut dari segi Islam??? Haram ka? Makruh ka? Sunat ka? Wajib ka? Oppsss, sapa jawab wajib tu bagus daftar balik la masuk kelas Pendidikan Islam untuk sekolah rendah hehehe... Menurut buku ensiklopedia ni, hukum mewarnakan rambut adalah dibolehkan and seharusnya ada la dalil-dalil yang menyokong iaitu:
  • Karimah binti Hammam mengatakan bahawa dia pernah mendengar Aisyah r.a. berkata: "Wahai sekalian kaum wanita, hindarilah mengupas kulit muka." Lalu salah seorang kaum wanita bertanya tentang mengecat rambut lantas Aisyah menjawab: "Tidak apa-apa mengecat rambut, akan tetapi aku tidak menyukainya sebab kekasihku Muhammad s.a.w. tidak menyukai aromanya." (HR. Abu Daud, Nasa'i dan Ahmad)
  • Mu'adzah meriwayatkan bahawa ada seorang wanita bertanya kepada Aisyah: "Apakah wanita yang sedang haid boleh mengecat rambut?" Aisyah menjawab: "Dahulu semasa Nabi s.a.w, kami mengecat rambut dan beliau tidak melarang kami." (HR. Ibnu Majah)
  • Ibnu Abbas meriwayatkan: "Dahulu kaum wanita mengecat rambut di waktu malam. Lalu ketika memasuki pagi mereka melepaskannya, kemudian berwuduk dan mengerjakan solat. Kemudian mengecat lagi sesudah solat. Hingga ketika tiba waktu. mereka melepaskan lagi. Lalu berwuduk dan mengerjakan solat. Lalu mereka memperbagus pengecatan dan tidak menghalangi solat." (HR. ad-Darimi)
Kalau bagi pendapat saya la...ulang suara pendapat saya yang jahil ni la, kalau berdasarkan buku ni memang dibolehkan mewarnakan rambut tapi perlu lebih penjelasan sebab macam boleh jatuh makruh pun ada dan lagi takut jadi haram. Kenapa saya cakap begitu sebab:
  • Mengubah kejadian Allah: Bagus-bagus sudah dikasi warna original kenapa la mau kasi jadi macam kaler bulu ayam gia huhuhu... Zaman Rasulullah pun para sahabat mewarna rambut pun atas sebab-sebab tertentu terutama semasa mau pigi perang untuk tunjuk lagi muda. Tapi rujuk balik dalil-dalil di atas maka rasanya yang ini boleh kasi skip dan nda sampai jatuh hukum haram. Bah, saya sudah cakap awal-awal saya jahil kan dan ini pendapat saya sebelum jumpa buku ni.....
  • Jenis pewarna rambut: Ok,yang ini rasanya ramai yang masih samar-samar. Memang la ada sekarang ni jenis pewarna yang halal siap dapat logo lagi tu. Zaman Rasullullah pula yang setahu saya durang guna inai a.k.a pacar a.k.a henna ja. Kalau ada bahan lain bulih la update saya.... Yang saya mau sibuk+kecoh ni ialah yang selain dari jenis inai terutama yang macam-macam ada campuran kimianya. Kalau inai tu halal sebab fitrahnya inai nda kekal di kulit dan warnanya masih bulih mengalirkan air walau di rambut atau kuku (maksudnya nda menyekat aliran air wudu' macam dakwat or pewarna kuku). Jadi bila pakai yang jenis warna kekal walaupun halal kan sudah mengubah kejadian tu, naaa haram la pula jadinya huhuhu... Senang cerita saya kias begini la, daun terup tu kalau kita pegang atau sentuh nda jadi apa-apa n sah-sah daun terup tu halal, tapi kalau kita guna untuk berjudi jatuh la hukumnya haram. Sama la macam pewarna rambut yang halal tapi kalau jadi warna kekal di rambut kan sudah haram melainkan bulih kikis tu warna macam pewarna kuku hahaha ^_^
Apa pun dari kamu ja la sebab masing-masing ada akal kan dan saya sudah kongsi apa yang saya tahu. Saya sendiri nda pernah kasi warna rambut tapi selalu tolong ibu saya kasi warna rambut dia pakai inai yang natural sebab sah halal dan ikut syariat hehehe... Pada saya kalau ada rasa was-was bagus nda payah buat la... Wallahualam

6 comments:

kyo_9 said...

first time dgr Aishah pun cat rambut= thanks for da info bro..

IamDNSAS said...

u r welcome juz nak betulkan,bkn bro tp sis ^_^ (adakah saya patut tukar pic profile?huhuhu)

Unknown said...

nanti aku pinjam jak buku mu potocopy k... ahhahah

IamDNSAS said...

ok bah klu ko sapupu...dilayan hehehe

zeeleey said...

utk lelaki camana pulak kan?..eemmm

IamDNSAS said...

zeeley, untuk lelaki orang tak ada rujukan tapi memang penah dengar ceramah yang Rasulullah dan sahabat akan menginai rambut dan janggut mereka sebelum pergi berperang. Ini bertujuan untuk mereka nampak lebih muda, kira psiko musuh la.
Means mewarna rambut guna inai dibenarkan dalam Islam, untuk pewarna yang asas bukan inai orang tak tahu pula...wallahualam